Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Kenal pasti begini

Pautan portal rasmi berakhir dengan .gov.my

Sekiranya anda melihat pautan selain .gov.my, segera tutupkan halaman itu walaupun ia menyerupai portal rasmi!

Portal yang selamat menggunakan HTTPS

Periksa ikon loker ( ) atau https:// di depan pautan. Sekiranya tiada, jangan kongsikan sebarang maklumat sensitif.

Latar Belakang

Jata NegaraKementerian Digital

Susulan rombakan kabinet pada Disember 2023, Kementerian Digital telah ditubuhkan bagi menerajui usaha transformasi digital negara. Kementerian ini dibentuk daripada kementerian sedia ada, iaitu Kementerian Komunikasi dan Digital dengan penjajaran semula fungsi digital bagi membolehkan pelaksanaan yang lebih berfokus, holistik dan berkesan. 

Selanjutnya, fungsi pendigitalan dalam konteks sektor awam sebelum ini yang diterajui oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU) turut diperkasakan melalui penstrukturan semula MAMPU sebagai Jabatan Digital Negara (JDN), iaitu sebuah jabatan di bawah Kementerian Digital. 

Kementerian ini telah diwujudkan secara rasmi pada 12 Disember 2023 bagi memacu agenda pendigitalan negara melalui dua (2) sektor utama, iaitu Sektor Dasar Strategik dan Sektor Pengurusan dengan keseluruhan sebanyak tujuh (7) bahagian. Bagi menyokong pelaksanaan fungsi digital, dua (2) jabatan dan lima (5) agensi diletakkan di bawah pengurusan kementerian, iaitu Jabatan Digital Negara (JDN), Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), MyDIGITAL Corporation, CyberSecurity Malaysia (CSM), Digital Nasional Berhad (DNB) dan MYNIC Berhad.

YB Tuan Gobind Singh Deo telah dilantik sebagai Menteri Digital yang pertama di Malaysia. Beliau dibantu oleh Timbalan Menteri, YB Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong. Dari aspek pentadbiran awamnya pula, YBhg. Datuk Haji Rodzi bin Md Saad merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Digital yang pertama. Terkini, YBhg. Tuan Fabian Bigar telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha kedua berkuat kuasa pada 24 Jun 2024.

Ibu pejabat Kementerian Digital secara rasminya beroperasi di Menara Usahawan, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.

Direktori Kakitangan

Kepimpinan Kementerian

Carta Organisasi KD Mobile Melayu

Visi

Malaysia Negara Digital

Misi

Meneraju pendigitalan negara secara holistik dan inklusif, serta mewujudkan ekosistem digital negara yang dipercayai dan bertaraf dunia.

Fungsi dan Peranan

Mempertingkatkan kecekapan perkhidmatan digital kerajaan dan kebolehcapaian oleh rakyat.

Mempertingkatkan prasarana serta akses digital untuk mengurangkan keterbatasan dan jurang literasi kepada rakyat.

Memperkasakan ekosistem digital dan menggalakkan pembangunan bakat digital tersedia masa hadapan seiring perkembangan teknologi digital terkini.

Memperkukuh institusi kawal selia data bagi meningkatkan kebolehpercayaan, ketelusan, dan akauntabiliti.

Memperkukuh tadbir urus dan pembangunan kapasiti digital sektor awam.

Jata Negara

Kementerian Digital

Aras 13, 14 & 15, Blok Menara,
Menara Usahawan
No. 18, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya, Malaysia

Ikuti Kami

Hak Cipta Terpelihara © 2024