Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Kenal pasti begini

Pautan portal rasmi berakhir dengan .gov.my

Sekiranya anda melihat pautan selain .gov.my, segera tutupkan halaman itu walaupun ia menyerupai portal rasmi!

Portal yang selamat menggunakan HTTPS

Periksa ikon loker ( ) atau https:// di depan pautan. Sekiranya tiada, jangan kongsikan sebarang maklumat sensitif.

Siaran Media

Maklumbalas Pantas Cybersecurity Malaysia, Program Kesedaran Antara Inisiatif Mempertingkatkan Perlindungan Terhadap Ancaman Kes Penipuan, Serangan E-Mel

4 mins
·

MAKLUMBALAS PANTAS CYBERSECURITY MALAYSIA, PROGRAM KESEDARANANTARAINISIATIF MEMPERTINGKATKAN PERLINDUNGAN TERHADAP ANCAMAN KES PENIPUAN, SERANGAN E-MEL

KUALA LUMPUR, 5 DISEMBER 2024 – Kementerian Digital memandan gserius peningkatan insiden penipuan e-mel dan serangan berasaskan emel. Ini termasuk pancingan data yang berupaya menjejaskan keselamatan mana-mana organisasi.

Sehingga bulan Oktober 2024, sejumlah 218 kes telah direkodkan pada tahun ini dan 164 kes tersebut telah berjaya diselesaikan oleh CyberSecurity Malaysia dalam tempoh 24 jam sebagaimana ketetapan dalam Prosedur Operasi Standard yang telah digariskan.

Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata Kementerian Digital, melalui agensinya CyberSecurity Malaysia, telah melaksanakan pelbagai inisiatif strategik dalam usaha untuk mempertingkatkan perlindungan terhadap ancaman-ancaman insiden penipuan e-mel dan serangan berasaskan emel.

Ketika menjawab pertanyaan lisan Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng (Tanjung Piai) di Dewan Rakyat hari ini, Gobind berkata inisiatif-inisiatif berikut termasuk pelaksanaan program kesedaran yang bertujuan mendidik orang ramai tentang ancaman pancingan data, cara mengenal pasti aktiviti yang mencurigakan dan amalan terbaik untuk keselamatan dalam talian; serta penyediaan sumber dan program latihan keselamatan siber kepada individu dan organisasi mengenai bentuk ancaman siber selain meningkatkan protokol keselamatan siber dan strategi tindak balas.

“CyberSecurity Malaysia juga memberi maklum balas pantas terhadap insiden keselamatan siber melalui Pusat Respons Kecemasan Siber Cyber999 serta menyediakan laporan terkini mengenai ancaman siber. Terdapat juga kerjasama dengan sektor swasta serta pakar keselamatan siber untuk berkongsi pengetahuan, meningkatkan kecerdasan ancaman dan membangunkan penyelesaian inovatif untuk menangani pancingan data,”kata Gobind.

Inisiatif lain yang telah dikongsi oleh Gobind termasuk:

• Pembangunan garis panduan dan penguatkuasaan peraturan yang memerlukan organisasi mematuhi langkah keselamatan siber yang ketat termasuk sasaran serangan pancingan data secara khusus.

• Pelaksanaan audit keselamatan siber kepada organisasi bagi menilai danmeningkatkan tahap keselamatan mereka.

• Jalinan kolaborasi dengan organisasi antarabangsa bagi berkongsi amalan terbaik dan bekerjasama dalam memerangi ancaman siber pada skala global.

“Selain itu, pindaan ke atas Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709] yangtelahdiwartakan pada 17 Oktober 2024 merupakan salah satu inisiatifKementerian Digital bagi mengawal penipuan e-mel termasuk pancingan data. Antara punca berlakunya ancaman penipuan e-mel ini adalah disebabkan oleh pelanggaran data peribadi yang berlaku susulan daripada kurangnya kesedaran berhubung perlindungan data peribadi.

“Peruntukan baharu pindaan Akta yang sama turut meletakkan tanggungjawab kepada pemproses data untuk memastikan manamana organisasi menguatkuasakan langkah-langkah keselamatan yang lebih baik bagi mengurangkan risiko pendedahan data peribadi akibat serangan phishing.”

Pihak Kementerian Digital melalui Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) juga telah mewujudkan lapan tataamalan iaitu satu Tataamalan Umum dan tujuh Tataamalan Pengguna Data. Tataamalan ini menggariskan beberapa langkah keselamatan ICT yang perlu dipraktikkan oleh organisasi yang berkenaan.

Dikeluarkan oleh:

Unit Komunikasi Korporat

Kementerian Digital


5.12.2024_PR_MAKLUMBALAS PANTAS CYBERSECURITY MALAYSIA, PROGRAM KESEDARAN ANTARA INISIATIF MEMPERTINGKATKAN PERLINDUNGAN TERHADAP ANCAMAN KES PENIPUAN, SERANGAN E-MEL.pdf

0.11MB

Jata Negara

Kementerian Digital

Aras 13, 14 & 15, Blok Menara,
Menara Usahawan
No. 18, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya, Malaysia

Ikuti Kami

Hak Cipta Terpelihara © 2024