Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Kenal pasti begini

Pautan portal rasmi berakhir dengan .gov.my

Sekiranya anda melihat pautan selain .gov.my, segera tutupkan halaman itu walaupun ia menyerupai portal rasmi!

Portal yang selamat menggunakan HTTPS

Periksa ikon loker ( ) atau https:// di depan pautan. Sekiranya tiada, jangan kongsikan sebarang maklumat sensitif.

Siaran Media

Malaysia Membina Ekosistem AI Yan Teguh Melalui Pembangunan Bakat Dan Pertumbuhan Pusat Data

4 mins
·

SIARAN MEDIA

MALAYSIA MEMBINA EKOSISTEM AI YANG TEGUH MELALUI PEMBANGUNAN BAKAT DAN PERTUMBUHAN PUSAT DATA

DUBAI, 24 April 2025 – Malaysia sedang mempercepat usaha untuk menjadi peneraju serantau dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dengan memperkukuh rantaian bakat digital serta memperluas infrastruktur bernilai tinggi, termasuk rangkaian pusat data yang berkembang pesat.

Dalam acara Machines Can See di Museum of the Future semalam, Menteri Digital, YB Tuan Gobind Singh Deo, menekankan strategi proaktif negara dalam membina ekosistem AI yang bersedia untuk masa depan. Salah satu komponen utama ialah Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) yang menyelaras usaha antara kementerian untuk mengenal pasti dan menangani keperluan bakat digital.

“NAIO membolehkan kami berinteraksi dengan pelbagai sektor bagi memahami keperluan sebenar dalam melahirkan dan mengekalkan bakat digital terbaik. Kami komited untuk mencipta peluang sebenar dalam bidang teknologi dan membolehkan rakyat Malaysia menjadi peneraju inovasi AI,” kata YB Tuan Gobind.

Beliau turut menekankan bahawa Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) sedang mempercepat pelaksanaan inisiatif digital dan menyusun semula proses untuk menarik bakat global, selaras dengan matlamat Pelan Induk Ekonomi Digital Malaysia 2025–2030. “Kita mempunyai visi jangka panjang yang jelas. Mempermudah pembangunan kemahiran digital dan akses kepada peluang adalah antara teras utama kepada pelan pertumbuhan kita.” YB Tuan Gobind turut menyeru perubahan dalam pendekatan terhadap pendidikan digital.

“Bukan sekadar di universiti. Kita perlu memasukkan modul teknologi yang relevan pada setiap peringkat pendidikan—dari sekolah rendah, menengah hingga ke peringkat tinggi. Ini memastikan kita melahirkan bakat sejak awal dan menangani kekurangan kemahiran masa depan.”

Selari dengan pembangunan bakat, Malaysia juga sedang muncul sebagai hab serantau bagi pusat data pemacu penting kepada teknologi AI dan transformasi digital secara menyeluruh.

“Malaysia kini sedang menarik pelaburan global dalam pusat data. Kita mempunyai infrastruktur, sumber, dan persekitaran dasar yang menyokong pertumbuhan ini—dan kita sedang membina ekosistem yang meletakkan Malaysia sebagai peneraju serantau,” ujar beliau.

YB Tuan Gobind menjelaskan bahawa pusat data bukan sekadar aset fizikal, malah merupakan teras kepada kuasa teknologi AI dan pemangkin kepada peluang ekonomi merentasi pelbagai sektor.

“Ekosistem yang terbina di sekitar pusat data akan mendorong inovasi dan penciptaan pekerjaan. Ia adalah penting bagi visi kita ke arah ekonomi digital yang berkembang maju.”

Beliau mengakhiri kenyataan dengan menegaskan semula komitmen kerajaan terhadap pendekatan menyeluruh dan rentas sektor dalam pembangunan AI—dengan memastikan bakat, infrastruktur dan dasar berkembang seiring menyokong aspirasi digital negara.

#TAMAT#

Dikeluarkan oleh:

Pejabat Menteri

Kementerian Digital, Malaysia


24042025_KENYATAAN MEDIA_MALAYSIA MEMBINA EKOSISTEM AI YANG TEGUH MELALUI PEMBANGUNAN BAKAT DAN PERTUMBUHAN PUSAT DATA.pdf

0.08MB

24042025_PRESS RELEASE_MALAYSIA BUILDS ROBUST AI ECOSYSTEM THROUGH TALENT DEVELOPMENT AND DATA CENTRE GROWTH.pdf

0.17MB

Jata Negara

Kementerian Digital

Aras 13, 14 & 15, Blok Menara,
Menara Usahawan
No. 18, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya, Malaysia

Ikuti Kami

Hak Cipta Terpelihara © 2025