Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Kenal pasti begini

Pautan portal rasmi berakhir dengan .gov.my

Sekiranya anda melihat pautan selain .gov.my, segera tutupkan halaman itu walaupun ia menyerupai portal rasmi!

Portal yang selamat menggunakan HTTPS

Periksa ikon loker ( ) atau https:// di depan pautan. Sekiranya tiada, jangan kongsikan sebarang maklumat sensitif.

Siaran Media

Penyerahan Projek Kampung Angkat MADANI di Kampung Torong Logong, Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah

2 mins
·

PENYERAHAN PROJEK KAMPUNG ANGKAT MADANI DI KAMPUNG TORONG LOGONG, PULAU GAYA, KOTA KINABALU, SABAH

KOTA KINABALU, 1 DISEMBER 2024 – Ketua Setiausaha Kementerian Digital, YBhg. Tuan Fabian Bigar hari ini menyempurnakan penyerahan projek Kampung Angkat MADANI (KAM) Kementerian Digital di Kampung Torong Logong, Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah.

Program KAM diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri dalam Belanjawan 2024 bertujuan merapatkan jurang kemudahan asas antara kawasan luar bandar dan bandar serta meningkatkan kualiti hidup penduduk melalui pendekatan Whole of Government.

Dengan peruntukan sebanyak RM2.5 juta, pelbagai projek fizikal telah berjaya dilaksanakan di kampung ini termasuk menaik taraf surau, pembinaan jalan konkrit, jambatan pejalan kaki, telaga tiub dengan sistem penapisan air serta penyediaan bot penumpang.

Kesemua projek tersebut disiapkan dalam tempoh kurang daripada empat (4) bulan.

Kerjasama dan sokongan semua pihak termasuk masyarakat setempat, pemimpin komuniti serta sektor swasta diperlukan untuk terus menjayakan program seumpama ini.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat termasuk Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) JPM, GIATMARA Sabah dan Jabatan Mineral dan Galian Negeri Sabah serta para pemimpin komuniti dan sukarelawan yang telah memberi sokongan padu dalam menjayakan program ini.

Kejayaan projek KAM Kementerian Digital di Kampung Torong Logong diharapkan turut menjadi inspirasi kepada kampung-kampung lain di seluruh negara.

Nota: KAM diperkenalkan dalam Belanjawan 2024 bagi menentukan penanda aras terbaik dalam memastikan capaian liputan kemudahan asas air, elektrik, jalan, lampu jalan, kemudahan masyarakat dan capaian internet dapat dipertingkatkan melalui pendekatan Whole of Government.

KEMENTERIAN DIGITAL 1 Disember 2024.


1.12.2024_PR_KEMENTERIAN DIGITAL_PROJEK KG ANGKAT MADANI_KG TORONG LOGONG.pdf

0.13MB

Jata Negara

Kementerian Digital

Aras 13, 14 & 15, Blok Menara,
Menara Usahawan
No. 18, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya, Malaysia

Ikuti Kami

Hak Cipta Terpelihara © 2024