Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Kenal pasti begini

Pautan portal rasmi berakhir dengan .gov.my

Sekiranya anda melihat pautan selain .gov.my, segera tutupkan halaman itu walaupun ia menyerupai portal rasmi!

Portal yang selamat menggunakan HTTPS

Periksa ikon loker ( ) atau https:// di depan pautan. Sekiranya tiada, jangan kongsikan sebarang maklumat sensitif.

Siaran Media

Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi Siasat Insiden Keselamatan Siber Melibatkan Prasarana Malaysia Berhad

2 mins
·

PESURUHJAYA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI SIASAT INSIDEN KESELAMATAN SIBER MELIBATKAN PRASARANA MALAYSIA

BERHAD KUALA LUMPUR, 5 September 2024 – Kementerian Digital memandang serius insiden keselamatan siber ke atas infrastruktur teknologi maklumat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) yang melibatkan serangan perisian tebusan (ransomware) yang dimuat naik oleh kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai RansomHub dalam laman web gelap pada 25 Ogos 2024.

Pejabat Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi (PDP) telah dimaklumkan mengenai insiden siber Prasarana pada 26 Ogos 2024. Pejabat Pesuruhjaya PDP telah mengeluarkan arahan kepada pihak Prasarana untuk menghantar pelaporan Pemberitahuan Pelanggaran Data (Data Breach Notification – DBN) selewat-lewatnya pada 29 Ogos 2024, di mana pihak Prasarana telah melakukan sedemikian.

Pejabat Pesuruhjaya PDP akan menjalankan siasatan untuk menentukan jenis pelanggaran dan mengenal pasti jenis data yang terlibat. Pejabat Pesuruhjaya PDP juga akan menyiasat sekiranya berlaku sebarang pelanggaran peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709], serta tindakan susulan yang perlu diambil.

CyberSecurity Malaysia, salah satu agensi di bawah Kementerian Digital, turut memberikan bantuan teknikal dalam proses penyiasatan ini.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata adalah amat penting untuk undang-undang bertindak mengikut haluannya apabila Pesuruhjaya menerima notifikasi mengenai pelanggaran data.

“Kita mempunyai undang-undang yang menekankan agar kepentingan data peribadi dilindungi. Kita perlu tegas mengenai perkara ini. Pesuruhjaya akan mengambil langkah sewajarnya dalam memastikan siasatan terperinci dijalankan, dan memastikan tindakan susulan diambil berdasarkan hasil siasatan,” tambahnya lagi.

-TAMAT-

Dikeluarkan oleh: Unit Komunikasi Korporat Kementerian Digital


5.9.2024_PR_PESURUHJAYA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI SIASAT INSIDEN KESELAMATAN SIBER MELIBATKAN PRASARANA MALAYSIA BERHAD.pdf

0.14MB

5.9.2024_PR_PERSONAL DATA PROTECTION COMMISSIONER INVESTIGATING RECENT CYBERSECURITY INCIDENT INVOLVING PRASARANA MALAYSIA BERHAD.pdf

0.15MB

Jata Negara

Kementerian Digital

Aras 13, 14 & 15, Blok Menara,
Menara Usahawan
No. 18, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya, Malaysia

Ikuti Kami

Hak Cipta Terpelihara © 2025